Teks : Radziah Mansor
Assalamu'alaikum
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah SWT saya panjatkan kesyukuran kepadaNYa kerana telah memberi peluang kepada
saya untuk menghasilkan sebuah blog dan menulis
dalam entri yang pertama ini. Langkah ini adalah langkah yang cukup besar bagi saya. Memecahkan
tembok yang ada dalam diri adalah satu cabaran
yang besar. Cabaran positif untuk saya berani dalam menyuarakan pendapat dan pandangan dengan cara yang berhemah.
![]() |
Jadikan Al-Quran sebagai 'makanan' awal anak-anak - carian Google |
Usia
semakin meningkat dari alam remaja ke alam dewasa, berkahwin, bekerja, dan dikurniakan anak. Ilmu Allah sangat luas. Setiap hari kita akan sentiasa belajar ilmu yang baru. Ilmu yang diperolehi sama ada dari
pembacaan, komunikasi dari orang sekeliling atau pengalaman perjalanan hidup kita sendiri.
Sejak
menjadi seorang anak, kakak, isteri dan ibu kepada
dua orang puteri, pengalaman, luahan dan pandangan hanya sekadar disimpan di lembaran hati. Apatah lagi ilmu yang
bermanfaat yang diperolehi tidak dicatat, akhirnya hilang dan lupa begitu
sahaja. Alangkah ruginya!
Tujuan
blog ini dihasilkan adalah untuk saya
menukilkan pengalaman dan ilmu yang diperolehi sebagai wadah untuk saya belajar, menimba
ilmu, berkongsi pengalaman, menyuarakan pandangan, dan
pendapat dari pembacaan yang berkaitan
dengan ilmu keibubapaan dan pendidikan anak – anak terutama di rumah.
Anak
adalah amanah dari Allah. Saya dan suami bukanlah ibubapa yang hebat dalam ilmu
keibubapaan dan pendidikan anak- anak, malahan
perjalanan kami dalam kembara ilmu masih jauh dan panjang. Kembara pencarian ilmu
perlu diteruskan dan istiqamah demi untuk menjadikan kami ibubapa yang mithali di
sisi Allah serta diredhai Allah SWT dalam mendidik generasi kami. InshaAllah.
Mudah-mudahan
blog ini juga dapat dijadikan sumber rujukan untuk saya dan suami pada masa hadapan kelak serta generasi akan datang dalam aspek keibubapaan
dan pendidikan anak – anak dengan
mencontohi yang baik dan meneladani yang sebaliknya.
Akhir
kalam, mohon doa dari sahabat- sahabat agar saya dapat istiqamah dalam
perkongsian melalui blog ini. Moga Allah SWT meredhai kembara ilmu ini. Sekian,
salam perkenalan dan salam ukhuwwah dari
saya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment