Friday, 27 September 2013

Apabila bayi belajar membaca

Teks : Radziah Mansor

Tahukah anda?
Anak anda juga perlu belajar untuk memegang dan melihat buku dengan cara yang betul sebelum mereka pandai membaca?

Anak anda juga  perlu belajar  asas kemahiran membaca  seperti  :
  • -bagaimana untuk memegang buku?
  • -bagaimana untuk melihat buku dari kiri ke kanan atau dari kanan ke kiri?
  • -bagaimana untuk menyelak halaman muka surat  ke muka surat seterusnya?

Ini mungkin nampak MUDAH  bagi kita sebagai orang dewasa, tetapi bagi anak anda kadang- kala ia agak sukar terutama kanak – kanak yang biasa menggunakan tangan kiri (left-handed).

JANGAN RISAU
InshaAllah PAKEJ 3 SOFTBOOK dapat membantu anak anda untuk mempelajari kemahiran tersebut seawal umur 6 bulan lagi.

Dapatkan buku pertama bayi anda dengan pakej Bacaan Anakku Sayang :

-3 Softbook bertajuk
1)      Alif to Ya,
2)       Mengenal Abjad
3)       Mengenal Angka



Kelebihan softbook
  • -boleh digigit
  • -tidak mudah koyak
  • -boleh dijadikan bantal
  • -mudah dibasuh
  • -boleh dibawa ke mana – mana
  • -tahan lama


HARGA PROMOSI SEHINGGA  30 SEPTEMBER 2013
Harga asal : RM 120 (tidak termasuk pos)
Harga Promosi : RM 110 (Anda JIMAT RM 10!!)
PERCUMA !!  - Buku Sayangku Cepat Pandai  “Perkataan Pertama “  bagi 5 pembaca terawal setiap hari.

=================================
CARA TEMPAHAN
=================================
SMS / Whatsapp “3 Softbook “ ke 016-2210-817

(panduan mudah seterusnya akan diberikan)

===================================
CARA PEMBAYARAN
===================================

Dan anda boleh terus membuat pembayaran ke dalam salah satu akaun berikut:

MAYBANK
No Akaun: 1602-1409-7045
Nama : Radziah Binti Mansor

ATAU

CIMB
No. Akaun : 143-0000-6912-521
Nama: Radziah Binti Mansor

PENTING: Sila masukkan email jika menggunakan Internet Banking untuk memudahkan kami mengesan pembayaran.
==================================
SELEPAS PEMBAYARAN
==================================
1.       SMS / Whatsapp  ke 016-2210-817 atau
2.       Email : anaksolehanakbijak@gmail.com  atau

Nyatakan :
                3Softbook
                Jumlah unit
                Masa Pembayaran
                Nama
                Alamat
                No H/P

=================================
SEBARANG PERTANYAAN
=================================
1.       SMS / Whatsapp  ke 016-2210-817 atau
2.       Email : anaksolehanakbijak@gmail.com  atau

Monday, 23 September 2013

Sabtu yang cerah

Teks : Radziah Mansor
Foto : Koleksi Peribadi

Pada pagi sabtu yang lalu , saya dan suami merancang untuk melakukan aktiviti luar bersama anak-anak. Setelah 5 hari bekerja dan anak -anak berulang alik ke sekolah, tanpa aktiviti luar.Pernah saya terbaca dalam sebuah buku pendidikan anak - anak mengatakan bahawa kanak - kanak akan lebih cergas apabila berada di luar rumah berbanding terkurung di dalam rumah.

 Sejak awal 6 pagi seusai solat subuh saya membuat persiapan untuk kami berkelah di Pantai Tanjung Aru. 
Huda dan Uswah sudah tidak sabar hendak berkelah


Rancangan asal untuk mengadakan perkelahan seringkas mungkin. Tapi, berkelah bersama dua orang anak yang sedang membesar persiapannya mengalahkan orang ingin berperang.Pakaian mandi, makanan, barang mainan dan macam lagi. Kalau boleh semua mainan di rumah hendak di bawa bersama. Heheheh. Akhirnya saya hanya membawa sandwich, cereal, dan minuman panas untuk kami berkelah. Alhamdulillah, ala kadar. 

Sampai di Pantai Tanjung Aru, kami mulakan aktiviti membina 'Istana Pasir' walaupun kakak Huda sudah tidak sabar merayu pada abi untuk mandi laut. Aktiviti ni dapat merangsang koordinasi mata dan tangan anak -anak. Apabila buat aktiviti ini kakak Huda dan Uswah dapat melatih daya konsentrasi mereka. Cuba lihat dalam gambar, asyik betul mereka bermain pasir.

Alhamdulillah, sekarang ini adik tidak takut lagi pada pasir pantai. Dulu jangankan hendak pegang pasir, apabila dibukakan kasutnya pun mulalah dia meraung sekuat hatinya. 

Selepas lebih kurang 15 minit bermain pasir, abi mengajak anak-anak bermain bola bersamanya.Kemudian dikuti dengan mandi manda di kawasan yang cetek di bawah pengawasan abi.

Bermain adalah fitrah bagi kanak -kanak. Melalui bermain mereka belajar. Sikap dan emosi mereka juga terbentuk ketika bermain. Ketika bermain mereka akan menggunakan segala pancaindera dan kemahiran motor mereka. 

Catatan Ummi.
Huda dan Uswah teruskan bermain! Moga dengan bermain anakanda - anakanda dapat belajar perkara yang baru dari aktiviti tersebut.
Ilmu Allah ini luas, seluas pemandangan lautan yang kita lihat. Ilmu yang kita ada hari ini hanyalah setitis air di lautan.

UmmuHuda


Sunday, 15 September 2013

Langkah Bermula


Teks : Radziah Mansor

Assalamu'alaikum 

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT  saya panjatkan  kesyukuran  kepadaNYa kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menghasilkan  sebuah blog dan menulis dalam entri yang pertama ini. Langkah  ini adalah  langkah yang cukup besar bagi saya. Memecahkan tembok yang ada dalam diri adalah satu cabaran  yang besar. Cabaran  positif  untuk saya berani dalam menyuarakan pendapat dan pandangan  dengan cara yang berhemah.
Jadikan Al-Quran sebagai 'makanan' awal anak-anak - carian Google

Usia semakin meningkat dari alam remaja ke alam dewasa, berkahwin, bekerja, dan  dikurniakan anak. Ilmu Allah  sangat luas. Setiap hari  kita akan sentiasa belajar  ilmu  yang baru. Ilmu yang diperolehi sama ada dari pembacaan, komunikasi dari orang sekeliling atau  pengalaman  perjalanan hidup kita sendiri.

Sejak menjadi seorang anak, kakak, isteri dan  ibu kepada dua orang puteri, pengalaman, luahan dan pandangan  hanya sekadar disimpan di lembaran hati.  Apatah lagi  ilmu  yang bermanfaat yang diperolehi tidak dicatat, akhirnya hilang dan lupa begitu sahaja. Alangkah  ruginya!

Tujuan blog ini dihasilkan adalah untuk  saya menukilkan pengalaman  dan  ilmu yang diperolehi  sebagai wadah untuk saya belajar, menimba ilmu,  berkongsi pengalaman, menyuarakan pandangan, dan pendapat dari pembacaan yang berkaitan dengan ilmu keibubapaan dan pendidikan anak – anak terutama di rumah.

Anak adalah amanah dari Allah. Saya dan suami bukanlah ibubapa yang hebat dalam ilmu keibubapaan dan pendidikan anak- anak, malahan  perjalanan kami dalam kembara ilmu masih jauh dan panjang. Kembara pencarian ilmu perlu diteruskan dan istiqamah demi untuk menjadikan kami ibubapa yang mithali di sisi Allah serta diredhai Allah SWT dalam mendidik generasi kami. InshaAllah.

Mudah-mudahan blog ini juga dapat dijadikan sumber rujukan untuk saya dan suami  pada masa hadapan kelak  serta generasi akan datang dalam  aspek  keibubapaan  dan pendidikan anak – anak dengan mencontohi yang baik dan meneladani yang sebaliknya.

Akhir kalam, mohon doa dari sahabat- sahabat agar saya dapat istiqamah dalam perkongsian melalui blog ini. Moga Allah SWT meredhai kembara ilmu ini. Sekian, salam perkenalan dan salam ukhuwwah  dari saya.

Wassalam.